Wednesday, November 13, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kajian: Lirik lagu makin ringkas, berulang

    PARIS, 29 MAC – Awda bukan sahaja semakin tua, bahkan lirik lagu kini benar-benar menjadi lebih ringkas dan sering berulang, menurut satu kajian yang diterbitkan kelmarin.

    Selain itu, kajian tersebut mendapati lirik lagu juga semakin menonjolkan emosi marah dan lebih obses pada diri sendiri sejak 40 tahun lalu, mengukuhkan pandangan para peminat muzik yang semakin berumur dan sering merungut.

    Sekumpulan penyelidik Eropah menganalisis perkataan dalam lebih 12,000 lagu bahasa Inggeris pelbagai genre termasuk rap, country, pop, R&B dan rock dari 1980 hingga 2020.

    Sebelum memperincikan bagaimana lirik menjadi lebih sederhana, kajian itu menunjukkan bahawa legenda penyanyi-penulis lagu AS, Bob Dylan yang menjadi terkenal pada 1960an telah memenangi Hadiah Nobel dalam kesusasteraan.

    Penulis utama kajian, Eva Zangerle, seorang pakar sistem rekomendasi di Universiti Innsbruck, Austria, enggan memilih artis individu terbaharu kerana memiliki lirik ringkas.

    Namun, beliau menegaskan bahawa lirik dapat dianggap sebagai ‘cerminan masyarakat’, mencerminkan bagaimana nilai, emosi, dan keprihatinan budaya berubah sepanjang waktu.

    “Apa yang kami turut saksikan sejak 40 tahun lalu ialah perubahan drastik dalam landskap muzik daripada cara muzik dijual kepada cara muzik dihasilkan,” kata Zangerle kepada AFP.

    Sepanjang kajian 40 tahun itu, berlakunya revolusi dalam cara orang mendengar muzik.

    Era piring hitam dan pita kaset tahun 1980an telah memberikan laluan kepada CD tahun 90an, seterusnya ketibaan internet membawa kepada platform penstriman hari ini.– AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda