Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kajian penstabilan barang Sabah, Sarawak dan Labuan ambil enam bulan

    PAPAR, 21 APRIL – Pelaksanaan kajian penstabilan harga barang Sabah, Sarawak dan Labuan, dijangka berlangsung dalam tempoh enam bulan sebelum laporan insepsi kajian dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan, pada Ogos ini.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), diberi peranan untuk menjalankan kajian berkenaan, dan kedua-dua universiti juga telah mengemukakan kertas cadangan awal mengenai kajian itu pada 19 April.

    Armizan berkata, kajian mengenal pasti punca jurang perbezaan harga barang keperluan terpilih antara Sabah, Sarawak dan Labuan dengan Semenanjung Malaysia itu juga, akan dilaksanakan bersama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

    NACCOL yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ialah jawatankuasa penstabilan harga Sabah, Sarawak dan Labuan yang ditubuhkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

    “Kajian ini akan mengenal pasti senario semasa serta isu jurang harga barang asas terpilih di Sabah, Sarawak dan Labuan. Ini termasuk mengkaji dinamika perbezaan harga dan rantaian bekalan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Papar dan Dewan Undangan Negeri Kawang di sini hari ini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...