DUBAI, Emiriah Arab Bersatu (UAE) – Perniagaan di seluruh dunia yang mempunyai nama dan muka Presiden AS Donald Trump berada dalam risiko yang semakin meningkat pada masa ini di mana beliau kini berada di Rumah Putih, pakar keselamatan memberi amaran, terutamanya beberapa kawasan yang mana sebelum ini pernah menjadi sasaran keganasan.
Apabila Trump kekal menjadi satu jenama di luar negara, kumpulan-kumpulan jenayah atau militan boleh menyasarkan bangunan-bangunan yang mengandungi namanya yang berwarna keemasan, menculik pekerja yang berkaitan dengan perusahaan beliau sebagai tebusan atau berkemungkinan lebih teruk lagi, kata mereka.
“Mereka mungkin menculik seorang pekerja Trump dan tidak mahu berunding,” yang bertujuan untuk publisiti, kata Colin P. Clarke, seorang saintis politik dengan RAND Corporation yang mempelajari keganasan dan rangkaian jenayah antarabangsa.
Ramalan serangan membuatkan anggota polis, agensi perisikan dan pakar keselamatan sentiasa berjaga-jaga pada waktu malam di seluruh dunia – dan ia masih spekulatif.
Jenama AS telah menjadi sasaran keganasan di luar negara sebelum ini, tetapi tidak kepada seorang presiden. Itulah perbezaan. Trump menjadi presiden ke-45 Amerika yang memberikan satu cabaran yang unik yang memberikan pelbagai kepentingan perniagaan antarabangsa.


Ditanya mengenai isu-isu keselamatan, Pertubuhan Trump berkata dalam satu kenyataan bahawa ia mempunyai satu “protokol yang meluas termasuk hartanah milik Trump” di Amerika Syarikat dan di luar negara.
“Pasukan kami akan terus bekerjasama rapat dengan penguatkuasaan undang-undang tempatan,” kata kenyataan itu. “Kami juga sedang berusaha seiring dengan pemaju tempatan termasuk dalam hartanah berjenama Trump di seluruh dunia untuk memastikan bahawa semua penduduk, tetamu dan rakan-rakan beliau kekal selamat dan terjaga.” Organisasi itu tidak mengulas lebih lanjut.
Walaupun Trump berkata beliau akan meletakkan aset perniagaannya ke sebuah tabung amanah dan menyerahkan pengawalan dan pengurusan syarikat itu kepada dua anak lelaki dewasanya dan ketua eksekutif Trump Organization yang sudah lama berkhidmat, namun kesemua projek masih atas namanya.
Itu tidak membimbangkan Kim Ok Kyu, yang tinggal di sebuah menara apartmen berjenama Trump di Seoul, Korea Selatan. Beliau berkata keselamatan di bangunan itu adalah agak baik, dengan banyak pengawal dan sekatan yang ketat ke atas orang luar yang memasuki bangunan itu.
“Keganasan? Saya tidak memikir mengenainya. Saya hanya berharap harga rumah saya naik,” kata Kim.
Tetapi tempat hartanah-hartanah lain telah menyaksikan keganasan seperti Menara Trump di Istanbul, bandar Turki terjejas teruk oleh rentetan bom dan serangan senjata api yang dijalankan oleh kumpulan Islamic State (IS). Bendera dan kain rentang berada di sekitar tapak kawasan yang mempunyai nama presiden Trump, manakala pengawal keselamatan swasta lelaki menggunakan mesin X-ray dan pengesan logam di kesemua pintu masuknya, iaitu satu standard keselematan di bandar itu.
Di Bali, di mana bom yang ditanam oleh kumpulan pelampau Jemaah Islamiyah yang menyasarkan sebuah bar telah membunuh 202 orang pada tahun 2002, dimana organisasi Trump telah melesenkan nama presiden untuk sebuah resort mewah yang dirancang. Jurucakap polis Bali Hengky Widjaja berkata tiada siapa yang meminta untuk pihak keselamatan tambahan bagi hartanah milik mereka. Tidak juga meminta untuk meningkatkan kehadiran anggota keselamatan di sana.
Sebuah menara kediaman yang dinamakan Trump sedang dalam pembinaan di bandar India Mumbai, yang telah dilanda serangan keganasan pada tahun 2008 yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan Pakistan Lashkar-e-Taiba yang telah mengorbankan 166 orang. Jurucakap polis Mumbai Ashok Dudhe berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang keselamatan tambahan di sekitar menara tersebut.

Sebuah lagi menara yang sedang dibina di Manila, Filipina, sebuah negara di mana militan Abu Sayyaf kerap menjalankan penculikan dan tebusan, dimana Presiden Rodrigo Duterte cuba untuk mematahkan penjualan dadah dan kini telah membunuh beribu-ribu penjenayah tersebut. Polis Filipina berkata, mereka tidak membuat pemantauan terhadap sebarang ancaman di hartanah-hartanah milik Trump, walaupun sebuah menara yang semakin tinggi ke langit di Manila yang berada di sebuah kawasan yang dikawal ketat oleh pihak keselamatan berikutan pengemboman pada September yang lalu.
Walaupun padang golf Trump tidak lama lagi dibuka di Dubai di Emiriah Arab Bersatu boleh menjadi sasaran, walaupun pada hakikatnya negara Arab Teluk itu mempunyai banyak ruang untuk melarikan diri fari keganasan yang menggenggam di negara jiran Asia Barat itu. Di ibu negara UAE, Abu Dhabi, seorang guru sekolah Amerika telah ditikam hingga mati dalam bilik mandi di salah sebuah pusat membeli-belah oleh seorang pelampau pada Disember 2014. Pihak berkuasa juga telah memenjara orang-orang yang berkaitan dengan plot keganasan yang menganggu negara ini, dengan bantuan 5,000 anggota tentera AS.
Polis Dubai telah menolak bagi perbincangan keselamatan di padang golf tersebut sementara pemaju berkata ia merancang untuk tidak menambah anggota keselamatannya disana. Kedutaan AS di Abu Dhabi tidak bertindak balas kepada soalan-soalan mengenai padang golf itu, yang mana anak Trump dijangka akan melawat hartawanah itu tidak lama lagi.
Kesemua hartanah milik Trump perlu dipantau oleh perunding keselamatan di luar negara, kata Christopher A. Hagon, rakan kongsi urusan The Incident Management Group dan bekas pegawai polis London yang mempunyai pengalaman dalam keselamatan diplomatik. Walau bagaimanapun, beliau mengakui hartanah komersil itu tidak boleh dikelilingi oleh dinding konkrit anti-letupan dan dikawal seperti Kedutaan Amerika Syarikat.
“Tidak ada jawapan yang lengkap untuk perkara-perkara ini melainkan anda telah mempunyai sebuah perkhemahan tentera dan anda boleh melakukan apa sahaja yang anda suka,” kata Hagon. “Anda perlu membuat kompromi, tetapi berharap kompromi tersebut tidak akan melemahkan pendekatan secara keseluruhannya.”
Para pekerja boleh terancam seperti dirompak atau ditahan, kata pakar-pakar yang memberi amaran. Di bawah undang-undang Amerika Syarikat, Perkhidmatan Rahsia yang diberi kuasa untuk melindungi presiden, naib presiden dan keluarga terdekat mereka. Itu juga merangkumi anak-anaknya Eric dan Donald Jr, yang akan menjalankan Pertubuhan Trump di bawah pelan yang diumumkan oleh presiden pada sidang akhbar minggu lepas.
Perkhidmatan Rahsia dan polis New York telah menyediakan keselamatan di dalam dan sekitar Trump Tower di Manhattan, dimana presiden tinggal dan melakukan kerja-kerja di sana. – AP