Wednesday, December 4, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak Tadika STAKKP terima hadiah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Sekolah Taman Asuhan Kanak-kanak Pertiwi (STAKKP), Mabohai, telah mengadakan majlis penyampaian hadiah hujung tahun 2024 pada 23 November lalu di dewan tadika berkenaan.

    Majlis dimeriahkan dengan persembahan pakaian fesyen 60an yang berwarna-warni, serta tarian popular dari era yang sama.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis sekali gus menyampaikan hadiah bagi kanak-kanak cemerlang dalam bidang akademik ialah Yang Di-Pertua Persatuan Pertiwi, Datin Hajah Dayang Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd Yusof. Turut hadir ialah ibu bapa, ahli jawatankuasa Persatuan Pertiwi serta lembaga pengelola sekolah.

    Selain itu, dua kanak-kanak cemerlang iaitu Dayang Nur Hainah Al-Mu’izzah dari KG3 Hijau dan Awang Muhd Aqil Rafiuddin dari KG2 Kuning, masing-masing menyampaikan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru mereka.

    Sejak penubuhannya lebih 50 tahun lalu, STAKKP telah berjaya melahirkan anak-anak didik yang berjaya dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, kejuruteraan dan undang-undang, serta memberi sumbangan kepada negara.

    STAKKP terus berusaha memupuk minda anak-anak berumur tiga hingga lima tahun bagi mengembangkan potensi dan sikap positif dalam pembelajaran bagi masa depan mereka.

    Antara persembahan yang diadakan pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN STAKKP
    GAMBAR SERAHAN STAKKP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda