Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanaya dahului golf terbuka Australia

    SYDNEY, 5 DIS – Pemain amatur pertama dunia Takumi Kanaya mendahului aksi dalam perlawanan golf terbuka Australia, dengan melakukan birdie di dua lubang terakhir pada hari ini dengan pukulan 65 di bawah enam.

    Sebagai pemain kesembilan yang beraksi di padang golf Australia untuk memulakan pusingannya, pemain Jepun itu mempunyai lima birdie. Dia melakukan bogey tiga lubang empat di bawah par sebelum membuat birdie di lubang kelapan dan kesembilan.

    Kanaya menyertai perlawanan golf Australia pada tahun 2015 membuatnya merasa lebih yakin semasa perlawanan ini. Menurut beliau dengan pengalaman yang ada, beliau kini mengetahui corak permainan di Australia, sekaligus memberikannya kelebihan semasa menyertai pertandingan ini.

    “Saya memulakan perlawanan ini dengan baik dalam perlawanan terbuka ini, dengan melakukan pukulan yang bagus.”

    Matt Jones, bekas juara yang terikat dengan 67 pukulan keseluruhan dan Marc Leishman membuat 69 pukulan dengan ketinggalan empat pukulan di belakang. – AP

    Takumi Kanaya melakukan pukulan semasa pembukaan kejohanan golf terbuka Australia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda