Sejak memasuki trimester ketiga, penyanyi Aaliyah Massaid memberitahu dia tidak dapat tidur dengan lena kerana bayi dalam kandungannya itu sangat aktif menendang.
Meskipun berdepan pengalaman menyakitkan itu, namun Aaliyah, 23, tidak mengeluh dan menyifatkan ia sebagai satu nikmat yang luar biasa, menurut laporan mStar.
“Trimester ketiga ini betul-betul buat saya tidak boleh tidur nyenyak ya. Bayi dalam perut asyik menendang bila nak tidur.
“Tapi bagi saya itu semua adalah nikmat dan pengalaman yang luar biasa buat saya,” katanya.
Sebelum ini, Aaliyah dan suaminya iaitu YouTuber, Thariq Halilintar mengadakan upacara adat Mitoni bagi menyambut kandungannya yang kini sudah memasuki usia tujuh bulan.
Pasangan selebriti ini bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Untuk rekod, Aaliyah dan Thariq, 26 mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu. – Agensi
