Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kapal angkasa persendirian pertama mendarat di Bulan 

    LONDON, 23 FEB – Sebuah pendarat bulan milik syarikat penerbangan angkasa Amerika Syarikat (AS) menjadi kapal angkasa persendirian pertama mendarat di bulan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Pendarat Nova-C Odysseus milik syarikat Intuitive Machines mendarat di kawasan kutub selatan bulan pada 11:23 malam semalam.

    Detik itu juga menandakan kali pertama pesawat angkasa AS mendarat di bulan sejak misi terakhir program Apollo – Apollo 17 – lebih 50 tahun lalu.

    Berita itu disahkan oleh Ketua Eksekutif Intuitive Machines, Steve Altemus, yang berkata, “Saya tahu ini adalah situasi yang menegangkan tetapi kami berada di permukaan dan kami sedang menghantar.

    “Selamat datang ke Bulan.”

    Sementara itu, di Washington, pegawai NASA berkata Odysseus menghantar semula isyarat lemah ke Bumi selepas beberapa minit, lapor Sputnik.

    “Buat kali pertama dalam lebih setengah abad, Amerika Syarikat telah kembali ke Bulan,” kata Pentadbir NASA, Bill Nelson.

    “Odysseus telah menemukan rumah baharunya,” kata pengarah misi Tim Crane. – Bernama

    Pasukan Scorpius menyaksikan siaran langsung kapal angkasa Odysseus mendarat di Bulan dari Syarikat Pelancaran Angkasa Scorpius di Torrance, California pada 22 Februari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...