Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kapal berisi diesel bernilai lebih RM900,000 disita

    KUCHING, 12 FEB – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menyita sebuah kapal berisi diesel bersubsidi bernilai RM924,500 di kawasan Laut Barrange, Sungai Sarawak yang cuba diselewengkan, semalam.

    Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata sitaan itu hasil daripada serahan kes yang dijalankan oleh Pasukan Marin Polis Wilayah 5 pada 10:30 pagi.

    “Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,500 telah ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan terbabit dianggarkan RM5 juta.

    “Dua lelaki juga turut ditahan, masing-masing seorang rakyat tempatan dan seorang warga Myanmar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan berjadual dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...