Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal karam, 11 kru hilang

    JAKARTA, 31 JULAI – Sebuah kapal bersama 11 kru dilaporkan karam selepas mengalami kebocoran akibat dilanda ombak besar di perairan Selat Melaka hari ini.

    Ketua agensi penyelamat Pekanbaru Budi Cahyadi berkata kapal KM Lintang Timur Samudera sedang dalam perjalanan dari Tanjung Balai Asahan menuju ke Malaysia.

    “Kapal itu mengalami kebocoran akibat dihempas ombak besar di lokasi ‘one fathom bank’ di perairan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pihaknya telah bekerjasama dengan agensi penyelamat Medan, Vessel Traffic Service (VTS) Dumai dan Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya, Malaysia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda