Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal persiaran mewah berlabuh di Muara

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Industri pelancongan Brunei terus berkembang apabila negara ini dipilih sebagai salah satu destinasi persinggahan kapal-kapal persiaran yang popular, antaranya Kapal ‘Celebrity Constellation’ yang berlabuh di Pelabuhan Muara, pagi tadi, sebagai lokasi persinggahan persiaran mereka.

    Kapal yang berdaftar di Malta dan membawa 2,500 orang penumpang serta 800 kru itu tiba di pelabuhan pada 5:45 pagi untuk persinggahan selama 10 jam sebelum meneruskan pelayaran ke negara lain.

    Kedatangan para penumpang dialu-alukan oleh para pegawai dan kakitangan daripada Pelancongan Brunei dengan memberikan lencana ‘Brunei’ kepada setiap penumpang dan menyediakan Persembahan Hadrah. Menurut Penyelia Projek Jabatan Kemajuan Pelancongan Brunei, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Awang Joni bin Haji Mokkim, mereka berada di negara ini selama 10 jam dari pukul 7 pagi hingga 5 petang.

    Beberapa penumpang kapal berkenaan turut mengambil pakej agensi pelancongan tempatan dengan membuat lawatan ke destinasi-destinasi menarik seperti Kampong Ayer, Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, Muzium Brunei, Muzium Teknologi Brunei dan lokasi pelancongan lainnya.

    Seramai 2,500 penumpang Kapal Persiaran ‘Celebrity Constellation’ berada di negara ini sementara sebagai persinggahan persiaran selama 10 jam sebelum memulakan pelayaran ke negara lain.
    Seramai 2,500 penumpang Kapal Persiaran ‘Celebrity Constellation’ berada di negara ini sementara sebagai persinggahan persiaran selama 10 jam sebelum memulakan pelayaran ke negara lain.
    Antara pelancong yang sempat bergambar bersama kakitangan yang mengalu-alukan kedatangan mereka di Pelabuhan Muara.
    Antara pelancong yang sempat bergambar bersama kakitangan yang mengalu-alukan kedatangan mereka di Pelabuhan Muara.

    “Selain itu, kami juga menyediakan kemudahan untuk mereka di Pusat Kapal Cruise di Pelabuhan Muara yang menyediakan kemudahan seperti pertukaran mata wang, Pusat Maklumat Pelancongan, jualan cenderamata bahkan Internet,” tambah Awang Joni.

    Beliau menjelaskan, Negara Brunei Darussalam sekarang mula menjadi destinasi persinggahan kapal-kapal persiaran sejak beberapa tahun lalu dengan kapal persiaran yang membawa daripada 300 hingga 3,000 orang penumpang.

    “Kami berharap lebih banyak kapal persiaran akan datang ke Brunei yang boleh memberi kesan positif kepada ekonomi Brunei,” ujarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda