Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karnival amal PBSM bantu mangsa gempa

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Sebanyak 20 gerai yang membawakan pelbagai produk ditampilkan dalam Karnival Amal Menjana Dana Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Turkiye dan Syria yang berlangsung di Tingkat Satu, Kompleks Annajat, Beribi, hari ini.

    Karnival berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam menerusi Badan Bertindak Bantuan Kemanusiaan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam dengan kebenaran daripada Urus Setia Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan karnival berkenaan ialah Presiden PBSM, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussof bin Pengiran Haji Bahar dan Pengarah Urusan ATHA Sdn Bhd, Datin Hajah Dayang Norayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato
    Seri Setia Haji Awang Mohd Nawawi.

    Peserta gerai jualan adalah ahli Konsortium Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan Program Keagamaan Belia serta ahli Program Seed Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

    Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan mewarna dengan hadiah menarik tajaan dan sumbangan McDonald’s Brunei, Cookies untuk Sadaqah, persembahan tausyeh dan pelbagai lagi acara menarik untuk disertai sambil bersedekah.

    Semua kutipan dan hasil daripada karnival tersebut akan disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria.

    Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussof dan Datin Hajah Dayang Norayati bersama-sama merasmikan karnival berkenaan.

    Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussof melawat salah satu gerai pada karnival tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda