Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Karnival ketengah produk pelancongan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Orang ramai berpeluang untuk mengetahui pelbagai aktiviti dan produk pelancongan domestik yang ditawarkan di Negara Brunei Darussalam bagi mengisikan masa lapang khususnya semasa musim cuti penggal persekolahan pada Ogos nanti, menerusi Karnival Kenali Negara Kitani (KNK) pada hujung minggu ini.

    Dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, karnival berkenaan akan berlangsung di The Mall, Gadong pada 28 hingga 30 Julai.

    Semasa karnival berkenaan, lebih 80 pakej pelancongan tempatan dan staycation akan ditawarkan oleh seramai 21 penyedia perkhidmatan pelancongan tempatan termasuk Freme Travel Services Sdn Bhd, Darussalam Services Sdn Bhd, AZ Back To Nature and Tours Sdn Bhd, The Empire Brunei, Hotel Antarabangsa Rizqun, Hotel Centrepoint, Hotel Radisson, Hotel Parkview, Hotel Starlodge, Hotel Times, Hotel Lanes, Hotel Badiah, Hotel Jubilee, Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jerudong Park Country Club, Makmal Tenaga Seria (SEL), Poni Group Sdn Bhd, Mendaram Woven Arts serta Haji Tarsat Sdn Bhd.

    Antara pakej yang ditawarkan adalah Explore Temburong + Canopy Tower Visit, Temburong ATV Rides & Adventure, Island Hopping, Brunei Tour Island Discovery, Chill at Sumbiling Eco Village Daytrip dan 3 in 1 cruise (Mangrove, Sunset & Safari).

    Karnival itu dianjurkan bagi mempromosikan kempen pelancongan domestik sebagai persediaan awal untuk orang ramai mengisi masa lapang bersama keluarga dan rakan khususnya semasa musim cuti penggal persekolahan pada Ogos nanti.

    Menerusi kempen berkenaan, orang ramai dapat mengetahui pelbagai produk dan aktiviti pelancongan domestik yang akan ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan pelancongan tempatan.

    Karnival itu juga akan disertai oleh Darussalam Enterprise (DARe) yang akan mempromosikan produk tempatan di bawah inisiatif Bruneian Made dan imagine Sdn Bhd.

    Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut bagi merancang percutian yang hebat, boleh melayari laman sesawang www.bruneitourism.com/knk atau Instagram @kenalinegarakitani.

    Antara pengunjung yang menyaksikan petak pameran karnival berkenaan. – Gambar serahan Jabatan Kemajuan Pelancongan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...