Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Karnival sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 disambut meriah

    Oleh Sim Y. H.

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Suasana penuh keriangan dan kegembiraan menyelubungi sekitar kawasan taman dengan kehadiran kanak-kanak bersama ibu bapa dan keluarga masing-masing untuk sama-sama memeriahkan serta ikut serta dalam acara Karnival bagi menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 peringkat negeri yang berlangsung di Jerudong Park Garden, hari ini.

    Acara karnival anjuran bersama Persatuan Pediatrik Brunei (BPS), Jabatan Pediatrik, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohammad.

    Acara carnival tersebut telah dihadiri oleh Menteri Kesihatan, dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Karnival yang dihadiri oleh kira-kira seribu kanak-kanak bersama ibu bapa dan penjaga mereka dimulakan dengan sesi senamrobik dan diikuti dengan acara fun walk mengelilingi taman berkenaan dengan acara dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham (kedua kanan) semasa merasmikan acara tersebut.

    Sesuai dengan tema Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023, Penyertaan, Untuk Setiap Kanak-Kanak, kanak-kanak berkeperluan khas dan berkelainan upaya daripada Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam turut menghadiri serta sama-sama mengambil bahagian dalam acara karnival itu.

    Pelbagai aktiviti telah disediakan dalam karnval berkenaan termasuk larian berhalangan, permainan belon, bouncer serta acara boling. Acara juga diserikan dengan penyertaan beberapa penjual makan dan barangan yang turut serta dalam sama-sama memeriahkan karnival berkenaan.

    Sejak 14 Disember 1954, Hari Kanak-Kanak Sedunia telah disambut oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 November setiap tahun dengan matlamat menggalakkan kerjasama di tahap antarabangsa dalam melindungi hak kanak-kanak serta mengutamakan kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia.

    Antara aktiviti yang diadakan semasa acara Karnival bagi menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...