Wednesday, February 19, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kasih’ suara hati Ella buat Palestin

    Koleksi pakaian raya ‘Kasih Monolog dari Hati’ yang dikeluarkan Ratu Rock, Ella bukan sekadar mengetengahkan fesyen semata-mata, tetapi menterjemahkan satu penghormatan terhadap keindahan sifat kemanusiaan dan semangat kebebasan.

    Berkongsi lanjut perkara itu, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 57, berkata konsep ‘Kasih’ yang diperkenalkan itu juga satu simbolik kepada elemen kemanusiaan sejagat terutama keprihatinan diri terhadap isu membabitkan rakyat Palestin yang terus dizalimi hingga hari ini.

    “Diinspirasikan dari lirik lagu Kasih nyanyian Ella sendiri, koleksi ini membawa kepada intisari kasih sayang dan gaya yang mengutamakan keanggunan, kesederhanaan dan makna mendalam di sebalik keindahan pakaian.

    “Ia juga terinspirasi daripada keindahan hubungan manusia yang dibina atas asas kasih sayang dan empati.

    “Konsep ini juga mengingatkan kita untuk selalu mengenang saudara di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai.

    Ella turut menampilkan suaminya, Kapten Azhar Ghazali dalam kempen Kasih Monolog dari Hati. – mStar

    “Dalam saat kegembiraan, janganlah lupa kepada saudara di Palestin yang menghadapi serangan yang menguji keadaan mereka,” katanya.

    Menggunakan elemen kabut dan kabus dalam sesi fotografi ‘Kasih’, Ella memaklumkan ia adalah metafora kepada suasana dialami rakyat Palestin ketika ini, lapor BH Online.

    “Kabut mewakili tirai ketidakpastian, sementara kabus merujuk kepada jalan kabur yang dilalui.

    “Kuda pula melambangkan kuat dan megah, menjadi pusat perhatian sebagai lambang kebebasan termasuk memberi nuansa pejuang serta melambangkan kekuatan dan ketabahan.

    “Pilihan ini selaras dengan tema utama kempen, melampaui dunia fesyen membangkitkan rasa solidariti dan keberanian”. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda