Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kastam Sabah rampas ayam sejuk beku bernilai RM3.3 juta

    KOTA KINABALU, 28 MEI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas sembilan kontena ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM3.3 juta termasuk cukai yang dipercayai diseludup dari negara jiran di Pelabuhan Sepanggar di sini.

    Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata hasil risikan, pihaknya memeriksa 14 kontena yang tiba di pelabuhan berkenaan pada 7 Mei lepas.

    “Pemeriksaan mendapati sembilan kontena berisi daging ayam sejuk beku. Semakan lanjut mendapati dagangan di dalam kontena tersebut berbeza dengan pengikraran yang dilakukan dalam daftar muatan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

    Beliau berkata modus operandi kes berkenaan adalah dengan membuat pengikraran palsu dengan dagangan diikrar sebagai sayur-sayuran seperti ubi kentang dan kacang pis hijau bagi tujuan penyeludupan dan mengaburi mata pihak berkuasa.

    Menurutnya, ayam sejuk beku berkenaan dianggarkan bernilai RM2,754,000, manakala anggaran jumlah duti dan cukai terlibat ialah RM550,000.

    “Ini merupakan rampasan terbesar JKDM Sabah untuk barangan ayam sejuk beku pada tahun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 52 dan 135 (1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...