Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penghadang Gunung Fuji rosak ditebuk pelancong

    TOKYO, 28 MEI – Pihak berkuasa di Jepun bertindak memasang penghadang besar untuk menghalang pelancong daripada mengambil gambar Gunung Fuji.

    Bagaimanapun, jaring yang dipasang seminggu lalu rosak kerana ada pihak tidak bertanggungjawab mencucuknya sehingga menghasilkan 10 lubang kecil.

    Penghadang itu dipasang di tempat bergambar popular di bandar Fujikawaguchiko, di mana penduduk mengadu berlaku kesesakan pelancong asing.

    Penduduk di situ turut rimas dengan pelancong berkenaan yang membuang sampah merata-rata, menceroboh serta melanggar peraturan lalu lintas.

    Seorang pegawai majlis perbandaran hari ini memberitahu AFP bahawa skrin yang diperbuat daripada jaring hitam berjaya menyuraikan orang ramai berhimpun untuk merakam gambar di seberang jalan berhadapan sebuah kedai serbaneka.

    Pekerja memasang penghadang untuk menghalang pemandangan Gunung Fuji pada 21 Mei lalu. – AFP

    Walaupun seorang pengawal keselamatan ditempatkan di situ dari jam 10 pagi sampai 4 petang, pegawai itu berkata ada pihak yang berani merosakkan jaring berkenaan dengan membuat lubang kecil.

    “Ini mengenai adab. ia memalukan,” katanya merujuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuat lubang yang boleh memuatkan jari semata-mata hendak mengambil gambar gunung berapi diselimuti salji di belakang kedai serbaneka.

    “Saya cuba meletakkan kamera pada salah satu lubang. Adakah saya mengambil gambar yang bagus? Malah, saya fikir jaring masuk ke dalam bingkai,” kata pegawai itu.

    Sejak jaring lebih besar itu dipasang hari ini, “ada beberapa orang datang untuk melihatnya sendiri,” tambahnya. “Tetapi kami (memasang jaring) mencapai tujuan untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di sana,” katanya.

    Pekan Fujikawaguchiko terletak berdekatan tasik gunung berapi yang indah, kini pihak berkuasa merancang untuk meletakkan kod QR pada penghalang untuk memperkenalkan destinasi pelancongan lain di kawasan itu sebagai alternatif.

    Apabila pelancong semakin berkurang di hadapan kedai serbaneka itu, maka bandar itu mungkin menurunkan skrin, kata pegawai itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...