Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kastam Sabah rampas lebih 100kg syabu

    KOTA KINABALU, 30 JULAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 101.95 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM3.36 juta dalam serbuan di Pelabuhan Sepanggar, di sini pada Rabu lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zazuli Johan.

    Beliau berkata serbuan pada kira-kira 5 petang ke atas sebuah kontena yang tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor itu, dilakukan pegawai dan anggota Cawangan Narkotik, Unit Operasi Penguatkuasaan, Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam Sabah, hasil daripada maklumat risikan.

    “Kontena tersebut mengandungi barangan campur dan hasil pemeriksaan rapi terhadap kontena itu, pasukan serbuan menemukan sembilan kotak disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis methamphetamine atau syabu.

    “Kesemua dadah itu dibungkus menggunakan pembungkus jenama serbuk pencuci dipercayai bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Zazuli berkata tiada tangkapan suspek dibuat pada masa ini, namun usaha mengesan dan menyiasat pengirim atau penerima sedang dilakukan berdasarkan alamat yang tertera di Likas di sini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...