Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kastam Sri Lanka sita penghantaran cecair kokain buat kali pertama

    COLOMBO, 5 FEB – Pihak kastam Sri Lanka telah menyita penghantaran cecair kokain buat pertama kalinya, menurut seorang jurucakap hari ini.

    Jurucakap media kastam, Seevali Arukgoda, memberitahu media bahawa dadah tersebut ditemui dalam sebuah pakej yang dihantar dari Britain ke sebuah alamat di Kiribathgoda, Sri Lanka barat.

    Pegawai kastam menemui 65 gram ganja Kush dan 500 mililiter cecair yang dipercayai sebagai kokain cair di dalam pakej tersebut.

    Nilai pasaran jalanan bagi dadah yang disita dianggarkan sekitar 13 juta rupee (AS$44,000), kata Arukgoda.

    Pihak berkuasa juga telah menangkap seorang suspek berusia 23 tahun yang bekerja dalam sektor pelancongan berkaitan dengan kes ini. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda