Tuesday, February 4, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kasut delima Wizard of Oz dilelong AS$28 juta

    MINNEAPOLIS, 9 DIS – Sepasang kasut delima yang dipakai oleh Judy Garland dalam filem The Wizard of Oz dan dicuri dari sebuah muzium hampir 20 tahun lalu telah dijual dengan bidaan sebanyak AS$28 juta pada lelongan Sabtu lalu.

    Heritage Auctions telah menganggarkan bahawa mereka akan memperoleh AS$3 juta atau lebih, tetapi bidaan pantas jauh melebihi jumlah itu dalam beberapa saat dan meningkat tiga kali ganda dalam beberapa minit.

    Beberapa pembida yang membuat tawaran melalui telefon melakukan perbincangan tanpa henti selama 15 minit hingga harga meningkat ke jumlah terakhir.

    Pembeli yang tidak dikenali itu akan membayar jumlah keseluruhan AS$32.5 juta termasuk yuran rumah lelong yang berpangkalan di Dallas.

    Pembidaan dalam talian, yang dibuka bulan lepas, berjumlah AS$1.55 juta sebelum pembidaan langsung bermula Sabtu lalu.

    Kasut bertumit merah berkilauan itu dipamerkan di Muzium Judy Garland di kampung halamannya di Grand Rapids, Minnesota, pada tahun 2005 apabila Terry Jon Martin menggunakan tukul bagi memecahkan kaca pintu muzium dan kotak pameran untuk mencurinya.

    Keberadaan kasut itu kekal diselubungi misteri sehingga FBI menemuinya semula pada 2018.

    Martin, kini 77, yang tinggal berhampiran Grand Rapids di utara Minnesota, tidak didedahkan secara terbuka sebagai pencuri sehingga dia didakwa pada Mei 2023.

    Dia mengaku bersalah pada Oktober 2023. – AP

    Gambar fail kasut delima bersulam labuci yang dipakai oleh Judy Garland dalam The Wizard of Oz dipamerkan di pejabat Profil dalam Sejarah di Calabasas. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda