Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kayuhan semarak HK-40

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 26 FEB – Seramai 100 penunggang basikal dari seluruh negara telah berkumpul di padang terbuka di Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) untuk menyertai kayuhan sepanjang 27 kilometer merentasi Daerah Belait sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-40 (HK-40) baru-baru ini.

    Mengetuai kumpulan berbasikal itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, yang turut diiringi oleh Penghulu Mukim Belait, Haji Abdul Afiq bin Zainuddin dan Pemangku Ketua Kampung Pekan Kuala Belait B, Awang Mohammad Sufrizal bin Haji Hamdan.

    Susulan taklimat keselamatan, kumpulan itu bertolak dari kawasan padang menuju ke Pekan Belait dan berehat sebentar berhampiran tempat letak kereta yang terletak di seberang Tudung Saji untuk bergambar sebelum berpatah balik ke BSRC.

    Selepas tiba semula di tempat pelepasan, hadiah-hadiah cabutan bertuah telah disampaikan oleh Haji Amirol Hafidzin dan tetamu-tetamu kepada para penunggang basikal yang bertuah.

    Aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Belait dan Majlis Perundingan Mukim Belait, dengan kerjasama Kelab Berbasikal Belait, BSRC dan Sports Alliance itu bukan sahaja bertujuan memeriahkan Sambutan HK-40 tetapi juga menjalinkan hubungan yang lebih erat antara penunggang basikal dalam berkongsi minat yang sama untuk berbasikal serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

    Haji Amirol Hafidzin mengetuai kumpulan penunggang basikal baru-baru ini. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...