Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Messi bantu Miami ikat Galaxy

    LOS ANGELES, 26 FEB – Lionel Messi menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan terakhir ketika Inter Miami mencatat keputusan seri 1-1 di Los Angeles Galaxy dalam Major League Soccer (MLS) kelmarin.

    Galaxy mendominasi permainan untuk tempoh yang lama dan telah mendahului pada minit ke-75 menerusi penyerang Serbia, Dejan Joveljic.

    Tetapi pasukan tuan rumah menamatkan saingan dengan 10 orang selepas pemain tengah, Mark Delgado dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-87.

    Jordi Alba kemudian berganding bahu dengan Messi di bahagian kiri, di mana pemain Sepanyol itu menghantar umpan silang ke arah Messi yang menjaringkan gol dengan kaki kirinya.

    Ia adalah momen yang jarang berlaku daripada Messi yang pada kebanyakan masa tidak berkesan dalam permainan di mana Miami, dengan tujuh pemain utama berusia lebih 30 tahun, bergelut dengan rentak Galaxy.

    Miami mempunyai keempat-empat bekas bintang Barcelona dalam kesebelasan utama mereka dengan Alba, Sergio Busquets dan Luis Suarez bersama Messi.

    Tetapi bekas pemain Barca yang kini bermain untuk Galaxy, Riqui Puig, 24 tahun, menjadi pemain dominan di atas padang, terutamanya pada separuh masa pertama apabila pasukan California itu mempunyai beberapa siri peluang. – AFP

    Aksi Messi semasa perlawanan menentang LA Galaxy di Dignity Health Sports Park pada 25 Februari di Carson, California. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...