Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kayuhan terokai keindahan bandar KK

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Enam ahli Kumpulan Santai-Santai Riders (SSR) menyertai acara Kayuhan UM Isuzu Sabah 2024 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini dalam usaha mengekalkan gaya hidup sihat dan mengukuhkan hubungan silaturahim sesama peserta.

    Kayuhan sejauh 45 kilometer yang bertemakan Meneroka Keindahan Bandar KK 2024 itu dianjurkan oleh Universal Motor Sdn Bhd melalui Bilik Pameran Universal Motor di Kalansanan, Kota Kinabalu.

    Acara tersebut menyaksikan penyertaan seramai 727 peserta dari Sabah, Sarawak, Labuan, Brunei dan Indonesia, dengan titik mula dan tamat acara di perkarangan Bilik Pameran Universal Motor.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan turut mengambil bahagian dalam acara berkenaan ialah Dato’ Sri Mayor Dr Haji Sabin Samitah, Ahsim, Datuk Dr Roland Chia, En Julinus Jeffrey Jimit, Supt Wong Leong Meng dan Haryanty Abu Bakar.

    Salah seorang peserta, Haji Mohammad bin Haji Mohd Zanai daripada SSR, menyifatkan penyertaan dalam acara tersebut sebagai pengalaman berharga, bukan sahaja dalam memupuk kesihatan tetapi juga dalam mengeratkan hubungan dengan peminat aktiviti berbasikal dari luar negara.

    Ahli-ahli SSR yang mengambil bahagian dalam acara tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN SSR
    GAMBAR SERAHAN SSR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda