Saturday, February 1, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    KBS senarai 1,135 fasiliti sukan dalam direktori

    PUTRAJAYA, 4 APRIL – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyenaraikan 1,135 fasiliti sukan dimiliki dan dikendalikannya di seluruh negara dalam direktori fasiliti yang diperkenalkan hari ini.

    Menterinya, Hannah Yeoh berkata ia bagi memudahkan orang ramai dan persatuan sukan kebangsaan (NSA) mengenal pasti dan memeriksa kemudahan sukan berdekatan bagi memudahkan penggunaan fasiliti tersebut.

    Beliau berkata direktori yang boleh dilayari menerusi www.kbs.gov.my/home-fasiliti.html itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa, termasuk memperkenalkan tempahan dalam talian serta memasukkan lebih banyak fasiliti milik kerajaan seperti pihak berkuasa tempatan.

    Hannah juga berharap direktori itu dapat menangani isu kekurangan kemudahan yang dibangkitkan oleh NSA ketika sesi perjumpaan diadakan Disember lepas, selain pihaknya juga sedia berbincang untuk memberikan kadar sewa murah bagi latihan pasukan kebangsaan melibatkan sukan kurang popular.

    “Direktori ini juga dapat menilai sama ada wujud percanggahan dalam infrasktruktur merentas Parlimen yang mewujudkan mismatch antara kemudahan dan keperluan mengikut lokasi dan jenis sukan, serta menggalakkan penggubal undang-undang menjadi lebih strategik apabila membangkitkan isu infrastruktur di Parlimen.

    “Selain itu, dapat mengelakkan isu projek pembangunan adhoc sebelum ini yang dibina kerana kekurangan perancangan dan membolehkan penggunaan dana yang sewajarnya untuk pembangunan infrastruktur masa depan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Hannah berkata direktori itu juga dapat membantu KBS untuk mengenal pasti fasiliti sukan yang perlu dinaik taraf, mendapat permintaan ramai serta kurang mendapat permintaan di sesuatu kawasan. – Bernama

    Hannah Yeoh (tengah) pada sidang media di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kelmarin. Turut sama Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr Nagulendran Kangayatkarasu (kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha KBS, Abdullah Hasan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda