Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    KBSentral anjur Minggu Tradisi Masyarakat Cina

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 2 Feb – Bersempena Sambutan Tahun Baru Cina 2017, Pusat Membeli-Belah KBSentral telah mengadakan Minggu Tradisi Masyarakat Cina bermula kelmarin sehingga 10 Februari depan.

    Minggu Tradisi yang bermula dari pukul 4 petang hingga 6 petang itu turut melibatkan penyertaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa bagi persembahan Wushu, selain persembahan tarian tradisi Cina dan permainan dram yang akan diadakan pada 10 Februari dan akan dihadiri oleh Presiden Persatuan Hakka, Chai Tze Yun Hong untuk menyempurnakan perasmian.

    Sementara itu, pada 4 Februari pula akan diadakan aktiviti mewarna yang dibukakan bagi penyertaan kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun bermula pukul 5 petang.

    Sebelum itu, pada 3 hingga 5 Februari pula akan diadakan Pertandingan Memakan Buah Limau Mandarin yang dibukakan bagi peserta yang berusia 18 tahun ke atas dan maksimum penyertaan seramai lima orang setiap satu sesi.

    Antara aktiviti yang menceriakan lagi Minggu Tradisi Masyarakat Cina yang diadakan di KBSentral.
    Antara aktiviti yang menceriakan lagi Minggu Tradisi Masyarakat Cina yang diadakan di KBSentral.

    Manakala itu, esok hingga 4 Februari pula akan diadakan demo memasak dengan mengetengahkan masakan ala Cina dan bagi yang berminat untuk menyertainya perlu mendapatkan borang penyertaan yang boleh didapati di kaunter hadiah bertuah di pusat membeli-belah tersebut.

    Hadiah-hadiah seperti paket merah (angpau) dan buah limau juga akan diberikan sebagai sebahagian daripada aktiviti yang diadakan di kawasan Atrium KBSentral.

    Selain itu, petak mengambil gambar bertemakan ‘Sambutan Tahun Baru Cina’ turut disediakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda