Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    KDNFC nafi peletakan jawatan timbalan presiden, CEO

    KOTA BHARU, 21 MEI – Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) menafikan peletakan jawatan Timbalan Presiden KDNFC, Datuk Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Wan Mohd Zul Ikman adalah disebabkan isu pembayaran gaji pemain serta kekalahan pasukan dua perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Super.

    Presiden KDNFC, Rozi Muhamad berkata peletakan jawatan oleh kedua-dua individu itu adalah prosedur biasa atas tanggungjawab kerana enggan menyusahkan pasukan ketika mereka sedang melaksanakan tugasan hakiki yang lebih penting.

    Beliau berkata peletakan jawatan mereka tiada kaitan dengan segala isu pembayaran gaji dan kekalahan seperti yang berlegar di media sosial.

    “Perancangan mereka untuk melepaskan jawatan telah dibuat sejak beberapa bulan lepas namun saya tidak benarkan sebab waktu itu urusan penjenamaan kelab perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum melepaskan jawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Rozi berkata tidak timbul isu pembayaran gaji kerana bayaran gaji kesemua pemain dan staf masih mengikut jadual.

    “Begitu juga dikaitkan isu kekalahan, saingan Liga Super baru bermula dua perlawanan walaupun kedua-dua perlawanan kita tewas, adalah mustahil untuk lepas jawatan disebabkan itu.

    “Satu kehilangan besar sebenarnya kepada saya dan kelab kerana mereka berdua antara individu yang telah membangunkan KDNFC namun kami kena hormati keputusan mereka untuk berundur,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...