Tuesday, November 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebajikan keluarga mualaf dipeduli

    Oleh Yusrin Junaidi

    TUTONG, 27 FEB – Pusat Dakwah Islamiah melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dan Unit Dakwah Daerah Tutong dengan usaha sama Kumpulan Pemilik Jeep Brunei (JOGB)telah mengadakan acara berkebajikan dengan memberikan bantuan keperluan harian kepada 21 buah keluarga mualaf di Daerah Tutong dalam majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Benutan.

    Hadir selaku ketua rombongan dan seterusnya menyempurnakan penyerahan ialah Calvin Lo daripada JOGB. Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Benutan, Haji Muhd Hairol Mazlan bin Haji Abd Razak dan Ketua Unit Dakwah Daerah Tutong, Muhammad Yusri bin Haji Abd Majid.

    Menurut kenyataan yang diterima hari ini, sumbangan dan bantuan yang disampaikan bertujuan menampung keperluan-keperluan harian penerima, selain sebagai dakwah berkesan bagi memeduli dan memantau perkembangan kehidupan serta kebajikan asnaf fakir miskin khususnya di kalangan mualaf, agar mereka terus menghayati agama Islam dan melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna.

    Antara keluarga yang menerima bantuan pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Benutan. – Gambar serahan Pusat Dakwah Islamiah
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda