Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kebakaran dilaporkan di stesen jana kuasa termal Jepun

    TOKYO, 31 JAN – Satu letupan berlaku hari ini di sebuah stesen jana kuasa haba di wilayah Aichi di tengah Jepun, dengan kebakaran dan asap hitam dapat dilihat di lokasi, menurut media tempatan.

    Letupan itu berlaku sekitar jam 3 petang waktu tempatan di kilang yang dikendalikan oleh JERA Co, usaha sama antara Tokyo Electric Power Company Holdings Inc dan Chubu Electric Power Co menurut polis tempatan.

    Jabatan bomba dan pihak berkuasa tempatan setakat ini mengesahkan tiada kecederaan akibat letupan di stesen tenaga termal JERA Taketoyo.

    Letupan dipercayai berlaku di kemudahan dandang di tingkat 13 bangunan itu, lapor agensi berita nasional Kyodo, memetik pegawai pemadam kebakaran dan polis wilayah.

    Kebakaran telah dipercayai berpunca daripada konveyor yang digunakan untuk mengangkut arang batu, dengan asap hitam dilihat keluar dari tiga kawasan. Usaha memadam kebakaran masih dijalankan.

     Seorang individu yang berada kira-kira 300 meter dari lokasi letupan memberitahu penyiar tempatan bahawa terdapat ‘bunyi yang kuat’, diikuti dengan ‘gegaran seperti gempa bumi’ beberapa saat kemudian.

    Menurut laman web rasmi JERA, loji kuasa, salah satu stesen tenaga haba terbesar di negara ini, menggunakan arang batu dan biojisim sebagai sumber bahan api, dengan kapasiti output maksimum 1,070,000 kilowatt.

    Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca letupan.  –Xinhua

    Gambar hiasan Freepik

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...