Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Mexico buka semula laluan metro selepas kejadian kemalangan

    BANDARAYA MEXICO, 31 JAN – Pihak berkuasa Mexico City kelmarin semula laluan metro yang runtuh pada 2021, kemalangan yang menyebabkan 26 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera.

    Ia adalah yang terburuk dalam siri insiden yang melemahkan keyakinan orang ramai terhadap sistem pengangkutan yang digunakan setiap hari oleh berjuta-juta orang di bandar mega yang sesak.

    Laluan yang terjejas dibuka semula sepenuhnya ‘setelah kerja profesional dan teknikal yang menunjukkan ruang lingkup kejuruteraan Mexico,” kata datuk bandar ibu kota Mexico, Marti Batres.

    “Laluan 12 adalah laluan yang diperkukuh”, tambahnya.

    Bahagian bawah tanah laluan telah dibuka semula tahun lepas.

    Siasatan oleh syarikat kejuruteraan Norway DNV, yang dibayar oleh Dewan Bandaraya, menyimpulkan bahawa kemalangan itu disebabkan oleh kecacatan struktur.

    Menurut kebocoran laporan akhir DNV, yang tidak diterbitkan, pakar juga menunjukkan kekurangan penyelenggaraan sebagai salah satu sebab keruntuhan.

    Datuk Bandar Claudia Sheinbaum, yang kini dianggap sebagai calon utama dalam pilihan raya presiden yang akan diadakan pada bulan Jun, mengkritik laporan itu sebagai ’dibuat dengan teruk’ dan ’digunakan untuk tujuan politik’.

    Syarikat dari Mexico, Magnat Carlos Slim, yang firma membina sebahagian besar bahagian yang rosak, bersetuju untuk memberi pampasan kepada mangsa kemalangan.- AFP

    Penduduk Mexico kembali menggunakan laluan metro yang runtuh pada 2021. – AFP

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...