Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kebakaran dua bangunan di Sepanyol ragut 4 nyawa

    VALENCIA, 23 FEB – Kebakaran melanda dua bangunan kediaman di bandar Valencia timur Sepanyol kelmarin, mengorbankan empat orang dan 19 yang lain hilang beberapa jam selepas kebakaran bermula, kata pihak berkuasa.

    Kebakaran mendorong penduduk melarikan diri ke balkoni di mana beberapa orang telah diselamatkan oleh anggota bomba, kata pegawai.

    Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian di pinggir pusat bandar apabila api meletus dari tingkap bangunan kediaman 14 tingkat di mana kebakaran bermula. Penduduk boleh dilihat menunggu untuk diselamatkan di balkoni dan anggota bomba menggunakan kren untuk menurunkan dua orang penghuni dari salah satu balkoni.

    Penolong pengarah perkhidmatan kecemasan Valencia, Jorge Suarez memberitahu pemberita bahawa empat orang disahkan maut dan kira-kira enam jam selepas kebakaran bermula, anggota bomba cuba menyejukkan bahagian luar bangunan sebelum cuba masuk ke dalam.

    Askar dari Unit Kecemasan Tentera Sepanyol juga telah dikerahkan dan pegawai perubatan memasang khemah besar untuk merawat mangsa yang cedera di tempat kejadian.

    Punca kebakaran tidak diketahui, tetapi laporan berita mengatakan kebakaran mungkin merebak dengan cepat disebabkan bahan yang digunakan dalam struktur bangunan itu.

    Kepulan asap hitam daripada kebakaran boleh dilihat dari jauh. Agensi cuaca Sepanyol, Aemet, melaporkan angin sehingga 60 kilometer sejam pada masa itu.

    Kebakaran bermula pada awal petang dan merebak ke bangunan bersebelahan, lapor agensi berita negeri Efe.

    Sementara itu, laporan perkhidmatan kecemasan berkata selain empat orang yang terbunuh, kira-kira 13 cedera, kebanyakannya mengalami patah tulang, melecur dan terhidu asap. Mangsa termasuk enam anggota bomba. – AP

    Seorang penghuni berdiri di atas balkoni menunggu untuk diselamatkan oleh anggota bomba ketika blok perumahan terbakar di Valencia, Sepanyol pada, 22 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...