Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hutan landa taman negara Argentina

    BUENOS AIRES, 28 JAN – Kebakaran hutan yang masih di luar kawalan kelmarin setakat ini telah memusnahkan 577 hektar Taman Negara Los Alerces, lapor media tempatan.

    Kebakaran itu menjejaskan kawasan berhampiran sungai Centinela di dalam Taman Negara Los Alerces di wilayah selatan Argentina, Chubut, lapor agensi berita rasmi Telam, memetik Mario Cardenas, ketua jabatan bomba, komunikasi dan kecemasan taman itu.

    Cardenas berkata bahawa risiko kebakaran berada pada ‘tahap ekstrem’ dan keadaan cuaca adalah ‘buruk’ untuk memadam kebakaran disebabkan angin yang kuat dan suhu yang tinggi.

    Taman Negara Los Alerces, yang menempatkan hutan larch berusia ribuan tahun, diwujudkan pada 1937 dan diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Dunia UNESCO pada 2017. – Xinhua

    Gambar edaran yang dikeluarkan oleh Taman Negara Argentina melalui Telam ini menunjukkan pemandangan dari udara kebakaran hutan di Taman Negara Los Alerces di wilayah Chubut, Argentina pada 27 Januari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda