LIMBANG, 21 NOV – Dua guru lelaki terselamat daripada kebakaran kuarters di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Danau awal pagi hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7:27 pagi, pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dengan kekuatan enam anggota dan jentera digerakkan ke lokasi.
“Ketua operasi melaporkan kuarters guru berstruktur separuh kekal telah terbakar 100 peratus dan dua guru yang mendiami kuarters tersebut berjaya keluar menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi ditamatkan pada 9:25 pagi manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Bernama