Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kebakaran lombong ArcelorMittal ragut 42 nyawa

    KARAGANDA, 29 OKT – Kazakhstan mengadakan perkabungan kebangsaan di seluruh negara hari ini selepas 42 orang maut dalam kebakaran di lombong ArcelorMittal, kemalangan terburuk dalam sejarah pasca-Soviet negara Asia Tengah ini.

    Tragedi itu, yang melanda lombong arang Kostenko di wilayah Karaganda kelmarin, berlaku selepas beberapa siri insiden maut di lombong ArcelorMittal dan telah menyebabkan nasionalisasi anak syarikat tempatan syarikat itu.

    “Sehingga 3 petang, mayat 42 orang telah ditemui,” kata perkhidmatan kecemasan Kazakhstan di media sosial.

    “Operasi pencarian empat pelombong masih diteruskan.”

    Pasukan penyelamat sebelum ini memberi amaran bahawa peluang untuk mencari pelombong yang masih hidup adalah sangat rendah, disebabkan kekurangan aliran udara dan daya letupan kelmarin, yang merebak lebih dua kilometer.

    Angka kematian melebihi kemalangan pada tahun 2006 yang mengorbankan 41 pelombong di tapak ArcelorMittal yang lain. Ia juga berlaku hanya dua bulan selepas satu lagi insiden lain yang membunuh lima pelombong.

    Kemarahan dan ketidakpercayaan berleluasa selepas bencana di Karaganda, Kazakhstan tengah.

    “Setiap pelombong adalah seorang wira, kerana apabila dia turun, dia tidak tahu sama ada dia akan kembali atau tidak,” kata bekas pelombong, Sergei Glazkov.

    Ramai yang menyambut baik langkah kerajaan ke arah nasionalisasi, marah dengan rekod keselamatan syarikat. – AFP

    Seorang lelaki berkabung di Monument to the Dead Miners ketika operasi menyelamat diteruskan di lombong arang batu Kostyenko ArcelorMittal berikutan kebakaran lombong di Karaganda, utara-barat Kazakhstan pada 29 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...