Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ribuan berarak di New York untuk Palestin

    NEW YORK, 29 OKT – Beribu-ribu penunjuk perasaan pro-Palestin membanjiri jalan-jalan di Brooklyn, daerah terbesar di New York kelmarin untuk menyuarakan kemarahan mereka terhadap pengeboman Israel ke atas Semenanjung Gaza.

    New York, tempat tinggal kepada antara 1.6 hingga dua juta orang Yahudi dan beratus-ratus ribu orang Muslim, telah mengalami demonstrasi, perhimpunan dan upacara penyalaan lilin dalam sokongan kepada Palestin dan Israel selama tiga minggu yang lalu.

    Aktivis Yahudi Amerika yang berhaluan kiri turut sama menentang perang Israel terhadap Hamas di Gaza.

    Pada Jumaat, ratusan orang telah ditangkap apabila polis membubarkan demonstrasi besar-besaran yang terdiri daripada kebanyakan penduduk Yahudi di New York, yang telah menduduki dewan utama stesen Grand Central di Manhattan sebagai protes terhadap pengeboman Gaza oleh Israel.

    “Kami sedang bergerak di seluruh New York City, membanjiri Brooklyn, untuk menuntut pembebasan setiap individu Palestin,” kata peserta protes berusia 21 tahun, Abdullah Akl.

    Penyokong Palestin melaungkan slogan ketika mereka melintasi Jambatan Brooklyn semasa demonstrasi menuntut gencatan senjata pada 28 Oktober. – AP

    Ketua protes, Nerdeen Kiswani, mengkritik ‘ahli politik’ Amerika kerana sokongan mereka yang kukuh terhadap Israel.

    “Kami di sini sebagai penduduk New York untuk menyatakan bahawa, kami menentang ahli politik termasuk ahli politik tempatan seperti Datuk Bandar New York City, Eric Adams dan Gabenor New York State, Kathy Hochul, yang kedua-duanya telah memberi jaminan untuk sokong Israel tanpa syarat,” kata Kiswani.

    Pendirian mereka ‘bermakna mereka memberikan sokongan tanpa syarat kepada pembunuhan rakyat kita’, tambah Kiswani.

    Adams, yang mentadbir bandar raya yang hampir sembilan juta penduduk, termasuk komuniti Yahudi terbesar di dunia selepas Israel, telah berkali-kali memberi jaminan kepada perhimpunan yang menyokong Israel bahawa ‘perjuangan’ Israel juga adalah perjuangan New York.

    Media New York dan AFPTV menganggarkan orang ramai berjumlah ribuan penunjuk perasaan, dengan memegang sepanduk ‘Bebaskan Palestin’ dan ‘Dengan apa-apa cara yang perlu’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...