Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keberangkatan Negara ke M’sia 3 Ogos ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat bagi mengadakan Keberangkatan Negara ke Malaysia pada 3 Ogos ini.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Malaysia adalah atas undangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI (ke-16), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

    Semasa keberangkatan tersebut, Baginda dijangka mengadakan Kunjungan Muhibah bersama Yang Di-Pertuan Agong dan mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi menghadiri Perundingan Tahunan ketua-ketua Kerajaan antara Brunei dan Malaysia kali ke-24.

    Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak bulan Januari 1984, yang mana kedua-dua negara menikmati hubungan kerjasama dua hala yang erat dan mesra dalam pelbagai bidang berkepentingan termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan dan kesalinghubungan serta kesihatan.

    Gambar fail 2019 menunjukkan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 18 Ogos 2019 di Istana Nurul Iman.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda