Wednesday, September 11, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedutaan Arab Saudi anjur majlis berbuka puasa

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Bulan suci Ramadan mengajar umat Islam untuk mewujudkan perpaduan yang lebih erat dengan umat Islam lainnya, lebih-lebih lagi dengan warganegara lain.

    Sehubungan itu, Kedutaan Arab Saudi di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan majlis berbuka puasa di Royal Berkshire, Jerudong, hari ini.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Hadir mengalu-alukan para jemputan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Emad Abdulaziz S Al Muhanna.

    Majlis dimulakan dengan berbuka puasa diikuti dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah sebelum menikmati juadah berbuka.

    Majlis berbuka puasa itu merupakan satu peluang untuk pihak kedutaan berinteraksi dengan rakyat beragama Islam di Negara Brunei Darussalam serta membincangkan isu-isu keislaman, kebudayaan, sosial dan lain-lain.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan, anggota diplomatik yang beragama Islam dan tetamu undangan.

    Menteri-menteri Kabinet semasa menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Kedutaan Arab Saudi di Negara Brunei Darussalam, kelmarin.
    Majlis berbuka puasa diselajurkan dengan sembahyang fardu Maghrib.
    Antara jemputan khas yang hadir.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda