Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kedutaan Thai agih produk makanan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Pelajar-pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) hari ini telah diceriakan dengan pengagihan produk makanan Thailand dalam aktiviti anjuran Kedutaan Thailand dan masyarakat Thailand di negara ini.

    Aktiviti yang diadakan di Dewan Pusat Ehsan itu adalah sempena dengan Sambutan Ulang Tahun His Majesty King Maha Vahiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua.

    Hadir pada acara itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai bersama rombongan masyarakat Thailand yang turut sama menyumbang produk Thailand untuk diberikan kepada pelajar-pelajar dan kakitangan pusat berkenaan.

    Semasa acara itu, PYT Boosara Kanchanalai berpeluang melihat lebih dekat lagi kemudahan yang terdapat di pusat berkenaan.

    Pihak kedutaan dan masyarakat Thailand di negara ini secara berterusan memberikan sokongan kepada pusat dalam aktiviti mengumpul dana iaitu sumbangan treadmill device dan peralatan sukan pada 2019 selain menyertai beberapa aktiviti amal yang dianjurkan oleh Pusat Ehsan.

    Turut hadir pada acara itu ialah Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin dan Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohammad Alimin bin Haji Abdul Wahab.

    Acara tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan tarian oleh pelajar-pelajar Pusat Ehsan sebagai penghargaan atas sokongan berterusan yang diberikan oleh PYT Boosara Kanchanalai bersama rombongan.

    Salah seorang pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) diberikan peluang mendapatkan makanan yang diinginkan pada majlis yang dianjurkan olah Kedutaan Thailand, kelmarin. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    PYT Boosara Kanchanalai, Pengiran Datin Hajah Noraini dan Dato Paduka Haji Mohammad Alimin semasa majlis penyampaian cenderahati, hari ini. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Persembahan daripada pelajar memeriahkan lagi suasana acara berkenaan. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...