Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pelajar baharu diseru hayati nilai PB

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Semua pelajar Politeknik Brunei (PB) diharap menyedari bahawa mereka diberikan peluang istimewa untuk belajar dan membangunkan diri mereka di mana ia merupakan langkah yang penting ke arah menjadi sumber tenaga manusia yang berkemahiran tinggi bagi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

    Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar disarankan untuk menerapkan nilai teras PB iaitu Tafawwuq atau kecemerlangan dalam jiwa dan keperibadian mereka demi kecemerlangan pembelajaran, kerjaya dan hidup yang bertujuan bagi mendukung pembangunan negara khususnya bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

    Seruan itu dibuat oleh Pemangku Pengarah PB, Lim Kian Boon dalam ucapan khas semasa Minggu Orientasi Pelajar PB Pengambilan ke-13, Sesi Julai 2023, Tahun Akademik 2023/2024 yang berlangsung di Dewan Bankuet, BRIDEX, Jerudong, hari ini.

    Beliau turut mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya masuk ke PB dan seterusnya mengongsi beberapa pengemaskinian kepada struktur pengajian di PB.

    “Dengan mengambil kira peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK), Kementerian Pendidikan dan juga nasihat daripada pihak industri, PB telah membuat pengemaskinian nilai kredit minimum yang diperlukan bagi 18 buah program Diploma Tahap 5 dari tiga tahun kepada dua setengah tahun, tanpa menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajarannya,” jelasnya.

    Beliau menyatakan bahawa lapan program Diploma Tahap 5 juga telah diberikan penjenamaan semula supaya ia sejajar dengan keperluan pihak industri dan institusi pengajian tinggi yang lain dan tiga buah program iaitu Diploma dalam Pengajian Perniagaan, Diploma dalam Pengajian Perniagaan (Keusahawanan) dan Diploma dalam Pengajian Perniagaan (Pemasaran) telah digabungkan dan diberikan penjenamaan semula sebagai Diploma dalam Keusahawanan dan Strategi Pemasaran.

    Lim Kian Boon menyampaikan ucapan khas semasa majlis berkenaan. – Gambar oleh Sim Y. H.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...