Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Keindahan alam semula jadi tarikan pelancongan Brunei

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Keindahan alam semula jadi yang tidak tercemar dan usaha berterusan ke arah pelancongan bertanggungjawab merupakan tarikan ekopelancongan bagi pelancong dari luar negara untuk berkunjung ke Negara Brunei
    Darussalam.

    Di samping itu, Brunei juga merupakan sebuah destinasi yang boleh memberikan ketenangan kepada pengunjung yang inginkan peluang untuk berehat dan melarikan diri daripada tekanan pekerjaan serta ingin beristirahat dalam persekitaran yang aman dan bersih.

    Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metusin dalam ucapannya semasa Sesi Rangkaian bersama Ejen-ejen Pelancongan di Singapura yang berlangsung di Royal Plaza on Scotts, Singapura, hari ini.

    Beliau menyatakan lagi bahawa Brunei merupakan sebuah destinasi yang mempunyai tarikannya tersendiri dan istimewa yang menjadikannya menonjol kepada para pengembara.

    Keindahan alam semula jadi Brunei termasuk hutan hujan yang indah dan hutan bakau yang terpelihara menghasilkan sebuah keadaan yang aman serta amat unik bagi para pelancong.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf berucap semasa Sesi Rangkaian bersama Ejen-ejen Pelancongan di Singapura yang berlangsung di Royal Plaza on Scotts, Singapura, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN

    Acara sehari yang merupakan usaha pemasaran antarabangsa berterusan Brunei Tourism itu telah dihoskan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dengan kerjasama National Association of Travel Agents Singapore (NATAS).

    Acara yang julung kali diadakan itu turut dihadiri oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Singapura, Haji Ahmad Nasri bin Dato Dr Haji Abdul Latif; Setiausaha Tetap di KSSUP, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab; Timbalan Presiden NATAS, Simon ER serta kira-kira 20 orang ejen pelancongan dan media tempatan di Singapura.

    Brunei Tourism telah menyasarkan ketibaan pelancong antarabangsa seramai 362,000 orang dengan anggaran resit pelancongan kira-kira $228 juta pada 2024.

    Pada 2023, Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan ketibaan seramai 8,192 orang pelancong dari Singapura dan ingin menyaksikan jumlah berkenaan meningkat pada 2024.

    Brunei Tourism sedang merancang untuk mengadakan acara pengembaraan suai kenal dalam beberapa bulan yang mendatang dan dikuti dengan siri kempen pemasaran yang akan diperkenalkan sepanjang tahun ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...