Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Doa Kesyukuran sempena jubli perak

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran bersempena dengan sambutan jubli perak masjid berkenaan, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kenangan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama kepada pegawai masjid yang pernah bertugas di masjid tersebut.

    Dengan adanya majlis seumpama ini diharap akan dapat memberi semangat dan membiasakan para jemaah untuk hadir ke masjid dan sentiasa membaca Al-Quran setiap masa.

    Antara tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk menjadikan masjid sebagai pusat ibadah yang selesa dan mesra pengguna bagi menarik minat jemaah untuk mengimarahkannya sekali gus menjadikan masjid sebagai pusat perhubungan sosial dengan penyediaan ruang untuk bermesyuarat, bermuzakarah, mengadakan kenduri, menguruskan jenazah dan sebagainya.

    Di samping menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan gedung ilmu. Masjid juga merupakan tempat beriadah bagi meningkatkan kekuatan fizikal, spiritual dan mental dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim sejati.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin menyampaikan cenderahati kenangan kepada pegawai masjid yang pernah bertugas di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...