Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kejatuhan ringgit perlu tindakan seimbang untuk faedah rakyat

    KUALA SELANGOR, 25 FEB – Kejatuhan nilai ringgit adalah cabaran yang serius dan memerlukan kerajaan bertindak dengan pendekatan yang bijak agar tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan perlu mengambil pendekatan seimbang untuk mengekalkan keyakinan pelabur.

    “Apabila nilai ringgit jatuh, antara cadangan yang diberikan adalah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

    “Namun, tindakan ini boleh menyebabkan kadar faedah untuk pinjaman kenderaan, pinjaman rumah dan pinjaman kepada peniaga kecil meningkat.

    “Hal ini boleh meningkatkan beban hutang kepada golongan seperti ini,” kata beliau pada perasmian penutup Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini, hari ini.

    Perdana Menteri menjelaskan pengalaman pada tahun 1998 apabila kadar OPR dinaikkan adalah kerana ketika itu kadar inflasi naik mendadak dan pelaburan yang amat berkurangan.

    “Oleh itu, tindakan untuk mengawal kejatuhan nilai ringgit pada ketika ini harus diambil dengan berhati-hati.

    “Keadaan ekonomi terkini menunjukkan bahawa walaupun nilai ringgit turun, inflasi juga turun dan pelaburan negara meningkat.

    “Sebagai contoh, pelaburan pada 2023 mencatatkan jumlah yang tertinggi dalam sejarah, menunjukkan kepercayaan pelabur terhadap kestabilan politik dan dasar ekonomi negara,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan melawat reruai Jualan Agro dan Madani pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor, kelmarin. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...