Thursday, October 17, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan boling QoTL serlah bakat pemain wanita, erat silaturahim

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Seramai 30 orang pemain boling wanita yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Queen of The Lanes (QoTL), Kelab Boling Filipina dan Persatuan Boling Kuala Belait telah menyertai kejohanan boling anjuran Kelab QoTL sempena ulang tahun ke-10 kelab berkenaan, di iBowl Utama, Batu Satu, di ibu negara, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang di akhir acara ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Dayang Sharinah binti Haji Suhaimi.

    Menerusi kejohanan itu, Pengiran Siti Khasmillah binti Pengiran Haji Omarali mendapat tempat pertama dengan 660 jatuhan pin, diikuti dengan Dayang Nurha binti Eya di tempat kedua dengan 638 jatuhan pin, dan pemenang ketiga diperolehi oleh Dayangku Nadia binti Pengiran Haji Jaafar dengan 633 jatuhan pin.

    Kejohanan itu adalah dibukakan kepada para pemain yang berumur 35 tahun ke atas yang bertujuan bukan sahaja untuk menyerlahkan bakat kaum hawa dalam sukan boling namun ia juga dihasrat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama penggemar sukan boling di negara ini.

    Dayang Sharinah bergambar ramai bersama para pemain di akhir kejohanan, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN QOTL
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda