Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan Dart di antara Kementerian-kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam ke-31 tahun, 2024 telah diadakan hari ini di Hab Sukan, Annex C, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan kejohanan itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri selaku Pengerusi Bersama kejohanan berkenaan.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara itu dikendalikan oleh Kelab Dart KBT Brunei Darussalam.
Perlawanan dart peringkat awal dimulakan bagi Kategori Beregu Lelaki Terbuka yang mana kejohanan tersebut diadakan selama tiga hari bermula hari ini hingga 24 November.