Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan Futsal serikan ulang tahun ke-65 JIPK

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri buat julung kali telah mengadakan Acara Kejohanan Futsal bersempena Penubuhan JIPK yang ke-65 tahun kelmarin, di Dewan Serba guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Imigresen, Haji Hairone bin Haji Abdul Rahman, yang mana turut menyaksikan lima buah pasukan berentap dalam kejohanan berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi acara berkenaan ialah Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim.

    Kejohanan tersebut diserikan lagi dengan acara Sukan Ria, Perlawanan Persahabatan Futsal antara Kumpulan Eksekutif dan Ahli Jawatankuasa menentang Kumpulan Pesara JIPK dan juga acara Perlawanan Persahabatan Bola Jaring dalam kalangan pegawai dan JIPK.

    Acara tersebut diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan JIPK.

    Haji Azmi ketika menyampaikan piala kepada pemenang kejohanan tersebut di Dewan Serba guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda