Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan kembali 16 Ogos

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan anjuran Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) akan diadakan pada 16 hingga 18 Ogos di Kelab Golf Pantai Mentiri.

    Kejohanan golf amal itu mengalu-alukan para penggemar sukan golf untuk menyertai perlawanan ini sekali gus berpeluang bermain sambil menderma.

    Sehubungan itu, sidang media mengenainya telah diadakan pagi tadi di kelab berkenaan.

    Hadir bagi menyampaikan sidang media tersebut ialah Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab selaku penasihat bersama perlawanan.

    Menurutnya, perlawanan pada tahun ini menjangkakan seramai 250 orang peserta menyertai kejohanan itu dan perlawanan yang akan diadakan itu juga telah mendapat kebenaran dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) serta mengikut garis panduan penganjuran yang ditetapkan.

    Dato Paduka Haji Mohammad Alimin dan Haji Seruji semasa sidang media berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Dato Paduka Haji Mohd Alimin menambah bahawa perlawanan amal tersebut menawarkan pelbagai hadiah termasuk hadiah hole in one dan wang tunai untuk dimenangi.

    Perlawanan golf berkenaan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana pada tahun lepas telah berjaya mengutip lebih $20,000 dan menjangkakan kutipan yang lebih baik tahun ini.

    Pengerusi perlawanan tersebut, Haji Seruji bin Haji Setia berkata bahawa kejohanan tahun ini dijalankan mengikut Sistem 36 (Stroke Play) akan tetapi untuk pemain gross akan diadakan special gross event secara FOC untuk 12 pemain gross teratas untuk merebut piala iringan.

    Penyertaan itu dibukakan dalam beberapa kategori yang akan dipertandingkan dan borang pendaftaran bagi kejohanan berkenaan bolehlah didapatkan di Kelab Golf Pantai Mentiri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda