Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kejohanan Junior Kebangsaan bermula

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Seramai 40 pemain tenis junior mempamerkan kemahiran mereka dalam Kejohanan Junior Kebangsaan 2024 yang diadakan di Pusat Tenis Kebangsaan, di ibu negara, hari ini.

    Kejohanan tiga hari anjuran Persatuan Tenis Brunei Darussalam (BDTA) itu merupakan sebahagian daripada pelan hala tuju strategik BDTA dan komitmen terhadap pembangunan tenis di Negara Brunei Darussalam.

    Turut menyertai kejohanan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman yang bertanding dalam Kategori Red Ball bagi peserta yang berumur antara enam hingga lapan tahun (campuran) dan Orange Ball bagi peserta yang berumur antara lapan hingga 10 tahun (campuran).

    Kategori lain termasuk Green Ball bagi peserta yang berumur antara 10 hingga 12 tahun (campuran) dan Yellow Ball bagi peserta yang berumur antara 10 hingga 12 tahun dan Bawah 18 tahun (campuran).

    Kejohanan junior peringkat kebangsaan akan diadakan tiga kali setahun untuk mencapai beberapa matlamat, antaranya menganjurkan pertandingan bagi generasi pemain tenis akan datang dan sebagai laluan untuk memilih pemain tenis junior bagi mewakili negara dalam pertandingan peringkat serantau.

    Selain Kejohanan Junior Kebangsaan, Klinik Terbuka Inisiatif Tenis Junior (JTI) juga sedang diadakan untuk pemain bawah 12 tahun yang dianjurkan oleh BDTA dan dikendalikan serta disokong oleh jurulatih yang diiktiraf Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) serta jurulatih yang diiktiraf BDTA untuk menjalani pensijilan.

    Sesi terbuka JTI akan diadakan Ahad ini dari pukul empat hingga enam petang.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah digalakkan untuk membawa anak-anak mereka bagi merasai pengalaman sukan itu. Inisiatif tersebut merupakan usaha berterusan yang akan diadakan di Pusat Tenis Kebangsaan.

    Sementara itu, perlawanan akhir Kejohanan Junior Kebangsaan akan diadakan Ahad ini pada sebelah petang dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir dan menyokong para pemain tenis junior tempatan.

    Seramai 40 pemain tenis junior mempamerkan kemahiran mereka dalam Kejohanan Junior Kebangsaan 2024 yang diadakan di Pusat Tenis Kebangsaan, di ibu negara, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman bergambar ramai dengan para peserta lain yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...