Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    FABD tinjau kemudahan Akademi Aspire

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Akademi Aspire, Qatar berjaya mengilap dan menyumbang kejayaan para atlet sukan kebangsaan negara itu, yang mana akademi sukan yang berpusat di Zon Aspire, Qatar itu telah ditubuhkan pada 2004 dengan matlamat untuk mencari dan membantu membangunkan atlet Qatar.

    Kemajuan dan perkembangan akademi berkenaan telah menarik perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Haji Feisal Eusoff yang kini berada di Doha, Qatar.

    Lawatan ke akademi berkenaan yang disertai oleh ahli Jawatankuasa Eksekutif FABD, Pengiran Haji Waslimin bin PSJ Pengiran Haji Momin, merupakan salah satu acara semasa beliau berada di Doha atas jemputan dan tajaan Presiden Persekutuan Bola Sepak Qatar (QFA).

    Dalam lawatan itu, Haji Feisal juga berpeluang melihat lebih dekat lagi kemudahan prasarana akademi bagi program bola sepak belia dan akar umbi di Qatar.

    Pegawai Perhubungan Awam Kanan Akademi Aspire Qatar, Esperanza Campuzano telah menyampaikan taklimat sepanjang lawatan berkenaan.

    Presiden FABD juga menjadi jemputan rasmi untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Emir Qatar 2024 bagi edisi ke-52, iaitu pertemuan antara Qatar SC dengan pasukan Al Sadd di The Education City Stadium.

    Sementara itu, kelmarin, Haji Feisal juga telah mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Hubungan Antarabangsa QFA untuk membincangkan cara pasukan bola sepak kebangsaan kedua-dua buah negara menjalankan latihan dan mengadakan sesi perlawanan persahabatan bagi mendedahkan pemain-pemain belia B-21 sebagai persiapan kejohanan kelayakan AFC dan AFF 2024 dan kejohanan HBT 2025 nanti.

    Haji Feisal bergambar bersama Ivan Bravo. – GAMBAR SERAHAN FABD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...