Tuesday, February 4, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan pupuk hubungan erat komuniti masjid

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Kuih Penyaram muncul sebagai juara diikuti Kuih Sapit sebagai naib juara dan Kuih Linggang di tempat ketiga dalam kejohanan sepak takraw bagi ahli jawatankuasa, belia masjid dan jemaah masjid.

    Acara yang diadakan di Masjid RPN Kampung Mata-Mata, Gadong itu menyaksikan penyertaan enam pasukan dalam format kalah mati, baru-baru ini.

    Kejohanan itu diuruskan oleh Imam Masjid RPN Kampung Mata-Mata, Awang Abdul Azim bin Haji Ismail dan dihadiri oleh Ketua Kampung RPN Kampung Mata-Mata, Pengiran Muhammad Nurramzu Nasri bin Pengiran Haji Mohd Salleh.

    Kejohanan tersebut diadakan bertujuan mengeratkan hubungan terutamanya dalam kalangan komuniti masjid serta mempromosikan kerjasama dan gaya hidup sihat melalui sukan dan rekreasi.

    Gambar ramai pemenang kejohanan sepak takraw Masjid Perpindahan Kampung Mata-Mata Gadong. – GAMBAR SERAHAN MASJID RPN KAMPUNG MATA-MATA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda