Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan Skuasy Kebangsaan tarik penyertaan tinggi

    KUALA LUMPUR, 2 OKT – Kejohanan Skuasy Kebangsaan yang akan berlangsung dari 6-11 Oktober, yang menjadi kejohanan pertama sejak penularan COVID-19, telah menarik jumlah penyertaan yang lebih ramai, kata Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) Gerrard Monteiro.

    Menurut Monteiro, kejohanan edisi ke-36 yang akan  diadakan di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil itu, telah menerima penyertaan daripada 170 pemain lelaki dan 68 pemain wanita, jauh melebihi keseluruhan pendaftaran 145 pemain pada kejohanan tahun lepas.

    “Para pemain dahagakan penyertaan pertandingan, kejohanan ini adalah kejohanan skuasy pertama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac. Kami amat bangga dan mejangkakan satu kejohanan yang sengit sekali.

    “Bagaimanapun, disebabkan kenaikan kes COVID-19, saya telah meminta jawatankuasa penganjur untuk mematuhi kesemua prosedur operasi standard (SOP), ambil langkah-langkah tambahan dan tanpa penonton. Kejohanan ini akan dilangsungkan, kecuali jika PKP dikuatkuasakan semula dan kerajaan arahkan kami untuk menangguhkannya, kami akan patuhinya,” katanya pada sidang media hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda