Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kekal tenang dan dapatkan tiga mata

    PETALING JAYA, 1 JAN – Raih kejayaan atau lupakan impian.

    Melihat kedudukan Kumpulan B ketika ini, Harimau Malaya berada dalam bahaya terlepas tempat ke separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AF-F) 2022.

    Hanya kemenangan menentang Singapura pada Selasa ini (3 Januari) di Stadium Nasional, Bukit Jalil akan menyelamatkan kempen pasukan kebangsaan dalam kejohanan dilabel ‘Piala Dunia ASEAN’ itu.

    Kali terakhir Malaysia melepasi peringkat kumpulan adalah pada edisi 2018, yang menyaksikan Malaysia meraih naib juara, tewas kepada juara ketika itu, Vietnam 2-3 menerusi agregat di final.

    Walaupun saat genting menanti pasukan Kim Pan Gon untuk mengatasi ‘The Lions’, bagaimanapun pemain sayap kiri V. Ruventhiran berkata rakan sepasukannya dilihat tenang menjelang aksi dengan ‘Causeway Derby’ itu.

    Ketua jurulatih kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon pada aksi perlawanan Kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, 27 Disember lalu. – Bernama

    “Kami perlu bijak menentang mereka, raih kemenangan besar dan dapatkan tiga mata.

    Kami tidak tertekan untuk berdepan Singapura,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini semalam.

    Keputusan seri tanpa jaringan menentang Vietnam di Stadium Jalan Besar, Jumaat lepas menyaksikan Singapura mengumpul tujuh mata dan menempatkan pasukan itu di tempat kedua manakala Malaysia jatuh di tempat ketiga dengan enam mata.

    Vietnam yang mempunyai kelebihan perbezaan gol, kekal sebagai pendahulu kumpulan dengan tujuh mata.

    Sementara itu, pemain berusia 21 tahun tersebut berkata barisan kejurula-tihan mengingatkan mereka supaya tidak melakukan sebarang kesilapan ketika menentang skuad Takayuki Nishigaya itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...