Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    9 maut dalam rempuhan ketika sambutan Tahun Baharu

    KAMPALA, 1 JAN – Sekurang-kurangnya sembilan maut dan beberapa orang cedera dalam kemalangan di pusat beli-belah ketika sambutan Tahun Baharu di ibu negara Uganda, hari ini.

    Jurucakap polis Kampala, Luke Owoyesigyire, berkata rempuhan itu berlaku selepas pertunjukan bunga api di luar pusat beli-belah Freedom City di Kampala, yang menyebabkan lima mangsa maut.

    Pasukan kecemasan tiba di tempat kejadian dan membawa individu yang cedera ke hospital, sebelum mengesahkan jumlah keseluruhan korban meningkat kepada sembilan orang.

    Owoyesigyire berkata, antara yang maut ialah golongan remaja, namun polis tidak memberikan butiran lanjut berhubung usia mereka.

    Dia tidak menolak kemungkinan tindakan berbahaya dan kecuaian membawa kepada tragedi itu.

    Sambutan ambang tahun baharu 2023 adalah yang pertama di negara Afrika timur itu dalam tempoh tiga tahun, selepas sekatan yang dikenakan berikutan pandemik COVID dan isu keselamatan. – AFP

    Penduduk Uganda meraikan sambutan Tahun Baharu di Kampala. Sekurang-kurangnya sembilan maut dan beberapa orang cedera dalam kemalangan di pusat beli-belah ketika sambutan Tahun Baharu di ibu negara Uganda.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...